SALAM SAYANG BUAT PENDIDIK KU

"KASIH SAYANG MU TERPATRI DI MINDAHATI KU, WALAU KITA TAK BERTEMU, ILMU MU MENGALIR DIDADAKU, TIADA JEMU MENYEMAI ILMU, PENDIDIK KU RATU DIHATIKU..."

Tuesday, October 5, 2010

sajak bahasa : utuhkan tunjang bangsa


usah rebahkan bahasa ibunda
identiti bangsa 1 negara
semaikan cinta tanam di jiwa

andai tutur..
bicaralah sehalus sebutir mutiara

usah sekali
MEROBAH atau MEROJAK
kerna
keindahan bicara menentu keutuhan bangsanya

motivasikan diri anda



























































tokoh-tokoh bahasa: budi dan jasamu terpatri selamanya



Sumbangan Tokoh.(a) Zainal Abidin bin Ahmad (16.9.1895 hingga 23.10.1973)
.Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dilahirkan di Seremban. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (bidang bahasa Melayu dan Arab) dari Universiti London (1953). Kerjayanya sebagai guru bahasa Melayu bermula di English College, Johor Bahru.Beliau pernah menjadi penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, dan Penterjemah Kanan di Pejabat Pelajaran, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menjadi pensyarah bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies di London, dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Singapura.Beliau menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) bersama-sama dengan pengetuanya, O.T. Dussek (1924), dan penasihat Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) semenjak penubuhannya sehinggalah 1942.Beliau menghasilkan beberbapa buah buku tentang peraturan bahasa Melayu yang dijadikan rujukan utama ahli bahasa selepasnya..(i) Ilmu

Mengarang Melayu (1934)
.Buku ini mengandungi 16 bab, memuatkan hal-hal mengarang, gaya bahasa Melayu dan bukan Melayu, pemindahan bahasa, ragam bahasa, peribahasa, puisi dan prosa, kata-kata pinjaman daripada bahasa asing, dan loghat daerah. Buku yang diulang cetak sebanyak lima kali dalam tulisan Jawi sehingga 1956 ini pertama kali dicetak dalam tulisan Rumi pada tahun 1962.(ii)

Pelita Bahasa Melayu I (1940)
.Buku ini membicarakan nahu Melayu dalam tulisan Rumi..
(iii) Pelita Bahasa Melayu II (1940)
.Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat rendah..(iv) Pelita Bahasa Melayu III (1940)
.Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat tinggi..(v) Daftar Ejaan Melayu (1941).
Buku ini memuatkan daftar perkataan Melayu dengan ejaan Jawi dan Rumi, serta peraturan ejaannya. Beliau juga pernah ingin menerbitkan “Kamus Bahasa Melayu” tetapi digagalkan oleh O.T. Dussek.Za’ba diberi gelaran Pendeta dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru (1956), gelaran Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya (1959) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Jun 1973). Malah beliau dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Datuk dan kemudiannya Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong (1962)..



















cita-cita anak bangsa









KERJAYA AEROANGKASA

Mengikut definisi Institut Aeronautik dan Astronautik Amerika (AIAA), jurutera
aeroangkasa adalah merupakan seseorang jurutera yang terlibat di dalam mana-mana
peringkat penyelidikan dan pembangunan industri aeronautik dan juga astronautik.
Jurutera aeronautikal terlibat dalam bidang penerbangan didalam rangkumanatmosfera bumi. Jurutera astronautikal pula terlibat dalam bidang penerbangan di luarrangkuman atmosfera bumi. Sebuah kumpulan kerja aeroangkasa terdiri dari gabunganjurutera, saintis serta juruteknik aeroangkasa.
Jurutera menggunakan pengetahuan dankemahiran fakta gunaan bagi menyelesaikan masalah, para saintis mengelolakanperaturan dan pengetahuan tambahan, yang seterusnya dapat digunakan oleh juruteradalam proses penyelesaian sebelumnya. Juruteknik yang kebiasaannya amat mahirmengendalikan mesin mesin serta peralatanan pula, bertindak membantu kerja kerjajurutera dan saintis.

Kerjaya juruteraan aeroangkasa selalunya menyebabkan beban beban kerja yang lebih kurang sama dengan pekerjaan kejuruteraan yang lain. Kebanyakan kerja dijalankan dipejabat, di'sites' dan/atau makmal penyelidikan.

Bagi memudahkan pemahaman dalam menceburi bidang berkaitan denganaeroangkasa, adalah lebih baik jika matapelajaran matapelajaran berkaitan dengan sains dan matematik diberikan penekanan yang sewajarnya. Ini termasuklah matematik moden dan tambahan serta fizik. Kursus komunikasi seperti bahasa inggeris juga tidak boleh diabaikan. Jurutera memerlukan pengetahuan asas fizik dan matematik bagimenyelesaikan masalah kejuruteraan dan pengetahuan berkomunikasi adalah amat wajar bagi menyalurkan ilham ilham dan perancangan kejuruteraan yang kompleks dalam bahasa yang mudah, terang, berkesan serta senang difahami. Bidang berkaitan dalam kerjaya aeroangkasa



Analitikal
Jurutera analitikal menggunakan kemahiran matematik dan fizik untuk menganalisa data yang telah dikumpulkan melalui ujikaji , contohnya apabila menganalisa ketegasansesuatu bahan.

Komputasi Dinamik Bendalir

Jurutera KoDiB (C.F.D) menggunakan komputer yang canggih bagi menganalisa pergerakan bendalir tidak linear, contohnya seperti pergerakan udara mengelilingi permukaan pengangkat (lifting surface).


Analisis Kos
Jurutera penganalisa kos memberikan penganalisian berkenenaan dengan kos dan sumber semasa proses penyediaan tender ataupun semasa menentukan calon terbaik yang boleh dipilih untuk diberikan kontrak kerja.

Rekabentuk
Jurutera rekabentuk menggunakan idea dan fikiran yang kreatif dalam menentukansusunan atau fungsi komponen, merekabentuk rekaan yang dapat memenuhi keperluanyang telah tetapkan bagi mengatasi masalah masalah kejuruteraan. Contoh mudah ialah merekabentuk pesawat terbang.

Perkhidmatan pengguna

Perkhidmatan ini bertindak menyampaikan kepada penguna barangan industri berkenaan dengan maklumat senggaraan serta sebarang maklumat baru bagi menentukan pengguna dapat menggunakan barangan dengan baik dan sesuai. Sebarang perubahan dan keperluan semasa turut desampaikan. Kakitangan unit ini juga bekerjasama rapat denagn jurutera rekabentuk bagi membolehkan mutu dan kaedah rekabentuk sentiasa dipertingkatkan.
Ujian Penerbangan

Jurutera ujian penerbangan merancang ujian ujian penerbangan serta mengumpulkan data-data dari ujian ini bagi menganalisa kejayaan yang dicapai oleh pesawat dalammencapai kehendak atau kriteria rekabentuk terdahulunya. Contohnya ialah dalam
meningkatkan serta memastikan tahap prestasi pesawat yang baru dicipta didalam keadaan unggul sebelum dikeluarkan dalam kuantiti yang besar.




Pengurusan

Posisi pengurusan kebiasaannya diisi oleh kakitangan yang berpengalaman danmempunyai kualiti kepimpinan yang baik. Pengurus di dalam bidang aeroangkasa seperti juga pengurus pengurus di dalam bidang bidang lain mengendalikan masalah berkaitan dengan kakitangan, membuat keputusan perniagaan serta aktiviti aktiviti teknikal yang lain.


Pengeluaran

Jurutera pengeluaran bersama dengan jurutera rekabentuk bekerjasama menentukanbahwa komponen boleh dikeluarkan dengan kos yang paling rendah. Juruterapengeluaran juga memastikan bahwa komponen yang dikeluarkan menepati spesifikasiyang telah ditentukan. Contohnya adalah seperti pengeluaran sayap bagi pesawat terbang.


Pemasaran

Jurutera pemasaran bertindak untuk memastikan produk dapat dijual kepada pelanganbaru, bertindak sebagai penghubung('liaison') kepada pelangan semasa dengan syarikat serta memastikanpelangan menerima produk yang bermutu tinggi. Jurutera pemasaran juga perlu bijak untuk mengenal-pasti permintaan baru dimasa hadapan bagi tujuan penjualan dan pembangunan produk yang berterusan.

Bahan dan pemprosesan

Jurutera bahan aeroangkasa menguji bahan bagi menentukan kualiti bahan. Contohnya
ialah pengujian keluli rencam bagi mendapatkan kekuatan keterikannya.

Perisian sistem

Juruteran sistem merekabentuk perisian yang boleh digunakan didalam sistem
aeroangkasa. Contoh mudah ialah merekabentuk sistem kawalan penerbangan elektronik. Jurutera analitikal menggunakan kemahiran matematik dan fizik untuk menganalisa data yang telah dikumpulkan melalui ujikaji , contohnya apabila menganalisa ketegasan sesuatu bahan.

Komputasi Dinamik Bendalir

Jurutera KoDiB (C.F.D) menggunakan komputer yang canggih bagi menganalisa pergerakan bendalir tidak linear, contohnya seperti pergerakan udara mengelilingi permukaan pengangkat (lifting surface).


Analisa Kos

Jurutera penganalisa kos memberikan penganalisian berkenenaan dengan kos dan sumber semasa proses penyediaan tender ataupun semasa menentukan calon terbaik yang boleh dipilih untuk diberikan kontrak kerja.


Rekabentuk

Jurutera rekabentuk menggunakan idea dan fikiran yang kreatif dalam menentukansusunan atau fungsi komponen, merekabentuk rekaan yang dapat memenuhi keperluan

KERJAYA AEROANGKASA
Mengikut definisi Institut Aeronautik dan Astronautik Amerika (AIAA), jurutera
aeroangkasa adalah merupakan seseorang jurutera yang terlibat di dalam mana-mana
peringkat penyelidikan dan pembangunan industri aeronautik dan juga astronautik.
Jurutera aeronautikal terlibat dalam bidang penerbangan didalam rangkumanatmosfera bumi. Jurutera astronautikal pula terlibat dalam bidang penerbangan di luarrangkuman atmosfera bumi. Sebuah kumpulan kerja aeroangkasa terdiri dari gabunganjurutera, saintis serta juruteknik aeroangkasa. Jurutera menggunakan pengetahuan dankemahiran fakta gunaan bagi menyelesaikan masalah, para saintis mengelolakanperaturan dan pengetahuan tambahan, yang seterusnya dapat digunakan oleh juruteradalam proses penyelesaian sebelumnya. Juruteknik yang kebiasaannya amat mahirmengendalikan mesin mesin serta peralatanan pula, bertindak membantu kerja kerjajurutera dan saintis.

Kerjaya juruteraan aeroangkasa selalunya menyebabkan beban beban kerja yang lebih kurang sama dengan pekerjaan pekerjaan kejuruteraan yang lain. Kebanyakan kerja dijalankan dipejabat, di'sites' dan/atau makmal penyelidikan.
Bagi memudahkan pemahaman dalam menceburi bidang berkaitan denganaeroangkasa, adalah lebih baik jika matapelajaran matapelajaran berkaitan dengan sainsdan matematik diberikan penekanan yang sewajarnya. Ini termasuklah matematik modendan tambahan serta fizik. Kursus komunikasi seperti bahasa inggeris juga tidak bolehdiabaikan. Jurutera memerlukan pengetahuan asas fizik dan matematik bagimenyelesaikan masalah kejuruteraan dan pengetahuan berkomunikasi adalah amat wajarbagi menyalurkan ilham ilham dan perancangan kejuruteraan yang kompleks dalambahasa yang mudah, terang, berkesan serta senang difahami.
Bidang berkaitan dalam kerjaya aeroangkasa
Analitikal
Jurutera analitikal menggunakan kemahiran matematik dan fizik untuk menganalisa datayang telah dikumpulkan melalui ujikaji , contohnya apabila menganalisa ketegasansesuatu bahan.
Komputasi Dinamik Bendalir
Jurutera KoDiB (C.F.D) menggunakan komputer yang canggih bagi menganalisa pergerakan bendalir tidak linear, contohnya seperti pergerakan udara mengelilingi permukaan pengangkat (lifting surface).
Analisa Kos
Jurutera penganalisa kos memberikan penganalisian berkenenaan dengan kos dan sumbersemasa proses penyediaan tender ataupun semasa menentukan calon terbaik yang bolehdipilih untuk diberikan kontrak kerja.
Rekabentuk
Jurutera rekabentuk menggunakan idea dan fikiran yang kreatif dalam menentukansusunan atau fungsi komponen, merekabentuk rekaan yang dapat memenuhi keperluanyang telah tetapkan bagi mengatasi masalah masalah kejuruteraan. Contoh mudah ialahmerekabentuk pesawat terbang.
Perkhidmatan pengguna
Perkhidmatan ini bertindak menyampaikan kepada penguna barangan industri berkenaan dengan maklumat senggaraan serta sebarang maklumat baru bagi menentukan pengguna dapat menggunakan barangan dengan baik dan sesuai. Sebarang perubahan dan keperluan semasa turut desampaikan. Kakitangan unit ini juga bekerjasama rapat denagn jurutera rekabentuk bagi membolehkan mutu dan kaedah rekabentuk sentiasa dipertingkatkan.
Ujian Penerbangan
Jurutera ujian penerbangan merancang ujian ujian penerbangan serta mengumpulkan datadata dari ujian ujian ini bagi menganalisa kejayaan yang dicapai oleh pesawat dalammencapai kehendak atau kriteria rekabentuk terdahulunya. Contohnya ialah dalam
meningkatkan serta memastikan tahap prestasi pesawat yang baru dicipta didalam
keadaan unggul sebelum dikeluarkan dalam kuantiti yang besar.

Pengurusan
Posisi pengurusan kebiasaannya diisi oleh kakitangan yang berpengalaman danmempunyai kualiti kepimpinan yang baik. Pengurus di dalam bidang aeroangkasa seperti juga pengurus pengurus di dalam bidang bidang lain mengendalikan masalah berkaitan dengan kakitangan, membuat keputusan perniagaan serta aktiviti aktiviti teknikal yang lain.



Pengeluaran

Jurutera pengeluaran bersama dengan jurutera rekabentuk bekerjasama menentukanbahwa komponen boleh dikeluarkan dengan kos yang paling rendah. Juruterapengeluaran juga memastikan bahwa komponen yang dikeluarkan menepati spesifikasiyang telah ditentukan. Contohnya adalah seperti pengeluaran sayap bagi pesawat terbang.


Pemasaran

Jurutera pemasaran bertindak untuk memastikan produk dapat dijual kepada pelanganbaru, bertindak sebagai penghubung('liaison') kepada pelangan semasa dengan syarikat serta memastikanpelangan menerima produk yang bermutu tinggi. Jurutera pemasaran juga perlu bijak untuk mengenal-pasti permintaan baru dimasa hadapan bagi tujuan penjualan dan pembangunan produk yang berterusan.




Bahan dan pemerosesan


Jurutera bahan aeroangkasa menguji bahan bagi menentukan kualiti bahan. Contohnya
ialah pengujian keluli rencam bagi mendapatkan kekuatan keterikannya.


Perisian sistem
Juruteran sistem merekabentuk perisian yang boleh digunakan didalam sistem
aeroangkasa. Contoh mudah ialah merekabentuk sistem kawalan penerbangan elektronik.

Bidang berkaitan

Bidang bidang lain ini adalah termasuk dengan berbagai kerja kerja lain yang dilakukandidalam proses pengeluaran produk aeroangkasa. Ini termasuklah pekerjaan yangberkaitan dalam penentuan keboleh-harapan, keselenggaraan, ketahanan, sertakeseluruhan perkhidmatan sokongan produk akhir yang dikeluarkan.


Kelayakan minima

Kelayakan minima untuk menjadi seorang jurutera aeroangkasa ialah ijazah sarjanamuda, BA. atau BS. Kelayakan tambahan pasca siswazah seperti MS. dan Ph.D pulaboleh memberikan anda kelebihan tambahan apabila memohon pekerjaan. Bagimenjamin kerjaya yang baik, jurutera perlulah sentiasa memastikan suatu pengajianberterusan. Ini dapat memastikan bahwa mereka sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan kejuruteraan semasa, teknik terbaru, bahan bahan serta proses yang baru. Kesemuanya ini diperolehi dengan mengikuti kursus kursus yang sentiasa ditawarkan oleh pusat pusat pengajian kejuruteraan seperti universiti serta persatuan / institut Jurutera Berdaftar. Kebanyakan negara seperti Malaysia memastikan jurutera memperolehi sijil pendaftaran sebelum berkhidmat. Lembaga Jurutera Malaysia adalah lembaga yang mengawal selia jurutera jurutera diMalaysia dan pendaftaran jurutera professional pula dikendalikan melalui Institut Jurutera Malaysia.


Jangkaan kerjaya masa hadapan

Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, peluang pekerjaan bagi kesemua kerjaya termasuklah kejuruteraan aeroangkasa adalah kurang memuaskan. Syarikat syarikat yang terlibat dalam industri aeroangkasa mengalami sedikit kesukaran dalam perniagaan dan ada yang terpaksa memendekkan masa kerja, pengurangkan perbelanjaan penyelidikan malah sehingga terpaksa mengurangkan serta memberhentikan kakitangan. Keadan ini bukan terhad kepada negara ini sahaja tetapi turut dirasai oleh negara maju seperti Amerika Syarikat.
Bagaimana pun peluang kerja baru sentiasa berulang ulang kerana lebih kurang 70% dari pekerjaan baru yang ditawarkan oleh industri adalah disebabkan kekosongan akibat dari kakitangan yang bersara, atau kehilangan kakitangan lama kerana bertukar kelokasi lain atau pun berhenti untuk menjawat jawatan lain. Majoriti peluang pekerjaan dibidang aeroangkasa adalah menerusi proses ini.

Perebutan jawatan didalam industri ini juga meningkat kerana bertambahnya bilangan pekerjaan dibidang aeroangkasa yang turut dipenuhi oleh meraka yang berkelayakan dalam bidang mekanikal, elektrikal, kimia dan lain lain.
Bagaimana pun prospek masa depan adalah amat cerah terutama didalam bidangpenerbangan awam. Keperluan pengangkutan yang cepat, selesa dan selamat menjamin perkembangan industri pembuatan pesawat terbang dan industri penerbangan awam. Permintaan dari benyak syarikat syarikat penerbangan awam serta orang orang awam telah melihatkan satu pertambahan pengeluaran pasawat terbang oleh pengeluar pasawat terbang 'gergasi' seperti Boeing serta Airbus serta pengeluar pesawat terbang kecil seperti IPTN diIndonesia serta Eagle Aircraft dan juga SME diMalaysia. saraan purata kerjaya
Maklumat saraan ini adalah berdasarkan satu kajian di Amerika Syarikat.
Purata saraan tahunan permulaan bagi jurutera berkelayakan bacelor dibidang
bidang berkenaan adalah...

1. Aeroangkasa..........................$30,860
2. Kimia...................................... 39,204
3. Awam..................................... 29,809
4. Elektrikal................................. 34,840
5. Industrial................................. 33,267
6. Mekanikal............................... 35,051
7. Metalurgikal............................ 33,429
8. Perlombongan......................... 32,638
9. Nuklear................................... 33,603
10. Petroleum................................ 38,286


Saraan tahunan awal bagi jurutera dengan kelayakan dibawah adalah:
11. BA/BS................................... $34,100
12. MS.......................................... 40,200
13. PH. D...................................... 55,300

Bidang berkaitan

Bidang bidang lain ini adalah termasuk dengan berbagai kerja kerja lain yang dilakukandidalam proses pengeluaran produk aeroangkasa. Ini termasuklah pekerjaan yangberkaitan dalam penentuan keboleh-harapan, keselenggaraan, ketahanan, sertakeseluruhan perkhidmatan sokongan produk akhir yang dikeluarkan.
Kelayakan minima
Kelayakan minima untuk menjadi seorang jurutera aeroangkasa ialah ijazah sarjanamuda, BA. atau BS. Kelayakan tambahan pasca siswazah seperti MS. dan Ph.D pulaboleh memberikan anda kelebihan tambahan apabila memohon pekerjaan. Bagimenjamin kerjaya yang baik, jurutera perlulah sentiasa memastikan suatu pengajianberterusan. Ini dapat memastikan bahwa mereka sentiasa dilengkapi dengan pengetahuankejuruteraan semasa, teknik terbaru, bahan bahan serta proses yang baru. Kesemuanya inidiperolehi dengan mengikuti kursus kursus yang sentiasa ditawarkan oleh pusat pusatpengajian kejuruteraan seperti universiti serta persatuan / institut Jurutera Berdaftar.Kebanyakan negara seperti Malaysia memastikan jurutera memperolehi sijil pendaftaransebelum berkhidmat. Lembaga Jurutera Malaysia adalah lembaga yang mengawal seliajurutera jurutera diMalaysia dan pendaftaran jurutera professional pula dikendalikanmelalui Institut Jurutera Malaysia.

Jangkaan kerjaya masa hadapan
Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, peluang pekerjaan bagikesemua kerjaya termasuklah kejuruteraan aeroangkasa adalah kurang memuaskan.Syarikat syarikat yang terlibat dalam industri aeroangkasa mengalami sedikit kesukarandalam perniagaan dan ada yang terpaksa memendekkan masa kerja, pengurangkanperbelanjaan penyelidikan malah sehingga terpaksa mengurangkan serta memberhentikankakitangan. Keadan ini bukan terhad kepada negara ini sahaja tetapi turut dirasai olehnegara maju seperti Amerika Syarikat.
Bagaimana pun peluang kerja baru sentiasa berulang ulang kerana lebih kurang 70% daripekerjaan baru yang ditawarkan oleh industri adalah disebabkan kekosongan akibat darikakitangan yang bersara, atau kehilangan kakitangan lama kerana bertukar kelokasi lainatau pun berhenti untuk menjawat jawatan lain. Majoriti peluang pekerjaan dibidangaeroangkasa adalah menerusi proses ini.

Perebutan jawatan didalam industri ini juga meningkat kerana bertambahnya bilangan pekerjaan dibidang aeroangkasa yang turut dipenuhi oleh meraka yang berkelayakan dalam bidang mekanikal, elektrikal, kimia dan lain lain.
Bagaimana pun prospek masa depan adalah amat cerah terutama didalam bidangpenerbangan awam. Keperluan pengangkutan yang cepat, selesa dan selamat menjaminperkembangan industri pembuatan pesawat terbang dan industri penerbangan awam.Permintaan dari benyak syarikat syarikat penerbangan awam serta orang orang awamtelah melihatkan satu pertambahan pengeluaran pasawat terbang oleh pengeluar pasawatterbang 'gergasi' seperti Boeing serta Airbus serta pengeluar pesawat terbang kecil sepertiIPTN diIndonesia serta Eagle Aircraft dan juga SME diMalaysia.
saraan purata kerjaya

Maklumat saraan ini adalah berdasarkan satu kajian di Amerika Syarikat.
Purata saraan tahunan permulaan bagi jurutera berkelayakan bacelor dibidang
bidang berkenaan adalah...

Aeroangkasa..........................$30,860

Kimia...................................... 39,204

Awam..................................... 29,809

Elektrikal................................. 34,840

Industrial................................. 33,267

Mekanikal............................... 35,051

Metalurgikal............................ 33,429

Perlombongan......................... 32,638

Nuklear................................... 33,603

Petroleum................................ 38,286
Saraan tahunan awal bagi jurutera dengan kelayakan dibawah adalah ...

BA/BS................................... $34,100

MS.......................................... 40,200

PH. D...................................... 55,300

PAMERAN KERJAYA


KERJAYA
SEBAB-SEBAB MEMILIH PEKERJAAN

  • LAZIM remaja mempunyai kerjaya idaman. Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka sudah pandai menyebut hendak menjadi doktor, penyanyi atau pelakon. Namun tidak kurang yang sering bertukar cita-cita kerana dipengaruhi oleh persekitaran.
    Kaunselor dan pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Hushim Salleh berkata, kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh suasana semasa adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya.
  • "umpamanya, orang yang bercita-cita menjadi guru haruslah mempunyai minat yang mendalam terhadap kanak-kanak. Jika tidak, dia tentu akan menganiaya muridnya sendiri,' katanya kepada Utusan.
  • Beliau menjelaskan, berdasarkan teori Holland, manusia dikategorikan kepada enam kelompok berlainan yang berasaskan jenis personaliti iaitu:realistik (realistic)penyelidikan (investigative)artistik (artistic)sosial (social)keusahawanan (enterprising)konvensional (conventional)
  • Wartawan katanya termasuk dalam kategori sosial, iaitu golongan yang berminat kepada manusia dan suka bertemu orang tanpa mengira kelas.
  • Sementara kerjaya guru, yang lazimnya diminati kaum wanita sangat bersesuaian dengan fitrah mereka yang lemah-lembut, keibuan dan bersikap memujuk.
    Beliau juga menjelaskan, ramai orang yang mempunyai lebih daripada satu minat.
    Umpamanya ada orang yang berminat dalam bidang sosial, apabila sampai satu peringkat menunjukkan perubahan kecenderungan kepada keusahawanan.
    "Asalnya dia suka kepada manusia, kemudian minatnya beralih kepada wang dan kuasa. Dengan kemahiran sosial yang sedia dimilikinya, dia pandai berinteraksi dengan manusia tetapi pada masa yang sama, bijak memanipulasi,'' jelasnya.
    Perubahan kecenderungan tersebut, ujarnya lagi, menyebabkan berlakunya 'penghijrahan' dalam kerjaya.
  • Justeru katanya, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila guru yang sudah 20 tahun mengajar, tiba-tiba berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan.
    "Memang mulanya minat itu kekal. Tetapi ia boleh berubah, mungkin kerana faktor pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja,'' ujarnya.
    Kaum wanita katanya, lebih mudah berubah kerjaya selepas berumahtangga.
    Seorang akauntan wanita umpamanya, merasakan kerjaya tersebut tidak sesuai lagi selepas mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak.
    Oleh itu, dia akan mencari kerjaya lain yang lebih sesuai dengan status dirinya seperti menjadi guru.
  • Hushim berkata, kaum lelaki biasanya lebih senang mengekalkan kerjaya kerana tidak banyak mengalami 'gangguan'.
    Beliau turut menyarankan supaya remaja menyemai cita-cita selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
    Sambungnya, ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.
  • Justeru inilah masa yang sesuai untuk memupuk minat, katanya.
    Beliau turut menggalakkan ibu bapa supaya mengambil berat akan pemilihan kerjaya anak-anak.
    Antara yang harus ditekankan kepada anak-anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima.
    Ini kerana remaja berkelaziman mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar.
  • Usia sekitar tujuh hingga 15 tahun, terangnya, remaja cenderung berfantasi dan memasang angan-angan yang kadangkala tidak rasional.
    Tetapi selepas melewati usia tersebut, mereka akan menyedari hakikat sebenar dan mula berusaha mengejar cita-cita idaman.
  • Beliau berpendapat remaja kini yang cenderung menggemari kerjaya glamor seperti penyanyi dan pelakon, kerana dipengaruhi media massa.
    Apatah lagi dengan banyaknya anugerah yang diberikan kepada golongan artis ditambah liputan meluas media, ia lebih merangsang remaja supaya terpengaruh.
    "Sayangnya, tak ada pula anugerah untuk kerjaya imam umpamanya. Mengapa ia tidak diketengahkan, sedangkan jika berlaku kematian, imam orang pertama yang dicari,'' tegasnya.
  • Katanya ada 25 000 kerjaya di dunia, tetapi hanya sedikit yang diketengahkan oleh media.
    Beliau berkata, perancangan sangat penting untuk mencapai kerjaya idaman.
    Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 sangat penting kerana pada peringkat ini, remaja masih belajar dan menimba pengalaman.
    Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan seseorang, ujarnya.
  • Memahami Jenis-Jenis Kerjaya
    Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:
    1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
    2. Bidang penulisan dan komunikasi
    3. Bidang saintifik/perubatan
    4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
    5. Bidang seni reka dan kreatif
    6. Bidang teknikal
    7. Bidang keusahawanan
    8. Bidang perkhidmatan
  • Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:


1. Kewangan/Perniagaan
(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)
Pentadbiran dan pengurus bank
Perancang dan pengurus kewangan
Pengurus dan agen insurans
Eksekutif jualan dan pemasaran
Pengurus pengiklanan
Eksekutif akaun
Akauntan/juruaudit
Aktuari
Pegawai bank
Pemerosesan data
Penganalisis data
dan lain-lain


2. Penulisan dan Komunikasi
(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)
Wartawan
Editor
Jurubahasa
Penterjemah
Penerbit rancangan radio/televisyen
Pengacara radio/televisyen
Penulis skrip
Perunding komunikasi
dan lain-lain


3. Perubatan/Sains
(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)
Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
Doktor haiwan
Jururawat
Pembantu makmal/pembantu perubatan
Juru radiologi
Ahli farmasi
Juru terapi
Saintis
Ahli biologi/kimia
Pakar nuklear
Ahli geologi/geofizik
dan lain-lain


4. Perkeranian dan Pentadbiran
(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)
Pengurus perjawatan
Pegawai sumber manusia
Pegawai tadbir
Pembantu undang-undang
Kerani
Setiausaha
dan lain-lain


5. Seni Reka dan Kreativiti
(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)
Pelukis
Pelukis grafik/batik
Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
Pereka bentuk dalaman
Jurugambar
Juru solek
dan lain-lain


6. Teknikal
(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)
Arkitek
Perancang Bandar dan Wilayah
Juruteknik
Juruukur
Mekanik
Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
Pakar runding (
Dan lain-lain


7. Keusahawanan
(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)
Perniagaan runcit
Perusahaan Kilang
Pemborong
Kontraktor
Pengusaha hotel
Perusahaan bengkel
Perusahaan butik
dan lain-lain


8. Perkhidmatan
(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)
pensyarah/guru
Pustakawan
Pegawai Perhubungan Awam
Peguam/pendakwaraya/hakim
Polis/askar
Pemandu pelancong
Kaunselor
Pramugari/pramugara
Tukang masak profesional
dan lain-lain