SALAM SAYANG BUAT PENDIDIK KU

"KASIH SAYANG MU TERPATRI DI MINDAHATI KU, WALAU KITA TAK BERTEMU, ILMU MU MENGALIR DIDADAKU, TIADA JEMU MENYEMAI ILMU, PENDIDIK KU RATU DIHATIKU..."

Tuesday, October 5, 2010

tokoh-tokoh bahasa: budi dan jasamu terpatri selamanya



Sumbangan Tokoh.(a) Zainal Abidin bin Ahmad (16.9.1895 hingga 23.10.1973)
.Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dilahirkan di Seremban. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (bidang bahasa Melayu dan Arab) dari Universiti London (1953). Kerjayanya sebagai guru bahasa Melayu bermula di English College, Johor Bahru.Beliau pernah menjadi penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, dan Penterjemah Kanan di Pejabat Pelajaran, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menjadi pensyarah bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies di London, dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Singapura.Beliau menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) bersama-sama dengan pengetuanya, O.T. Dussek (1924), dan penasihat Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) semenjak penubuhannya sehinggalah 1942.Beliau menghasilkan beberbapa buah buku tentang peraturan bahasa Melayu yang dijadikan rujukan utama ahli bahasa selepasnya..(i) Ilmu

Mengarang Melayu (1934)
.Buku ini mengandungi 16 bab, memuatkan hal-hal mengarang, gaya bahasa Melayu dan bukan Melayu, pemindahan bahasa, ragam bahasa, peribahasa, puisi dan prosa, kata-kata pinjaman daripada bahasa asing, dan loghat daerah. Buku yang diulang cetak sebanyak lima kali dalam tulisan Jawi sehingga 1956 ini pertama kali dicetak dalam tulisan Rumi pada tahun 1962.(ii)

Pelita Bahasa Melayu I (1940)
.Buku ini membicarakan nahu Melayu dalam tulisan Rumi..
(iii) Pelita Bahasa Melayu II (1940)
.Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat rendah..(iv) Pelita Bahasa Melayu III (1940)
.Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat tinggi..(v) Daftar Ejaan Melayu (1941).
Buku ini memuatkan daftar perkataan Melayu dengan ejaan Jawi dan Rumi, serta peraturan ejaannya. Beliau juga pernah ingin menerbitkan “Kamus Bahasa Melayu” tetapi digagalkan oleh O.T. Dussek.Za’ba diberi gelaran Pendeta dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru (1956), gelaran Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya (1959) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Jun 1973). Malah beliau dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Datuk dan kemudiannya Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong (1962)..



















No comments:

Post a Comment