Pengalaman hari pertama mendebarkan hatiku. Aku selalu tertanya-tanya mengapa dan kenapa terlalu banyak orang berbicara tentang Dr.Normaliza. Adakah kerana wajahnya yang jelita, atau kerana kelainan berpakaian, atau kerana kelainan sistem pengajarannya. Banyak persoalan yang bersarang dalam mindaku.
Kini terjawab sudah teka-teki itu. Kini aku tahu mengapa dan kenapa terjadi perkara itu. Aku sendiri telah jatuh cinta pada Dr. Normaliza. Saat pertama ku lihat wajahnya, terlalu sukar untuk aku mentafsir, bagaimana sifatnya yang sebenar. Namun jauh disudut hatiku, aku tahu Dr. Normaliza seorang yang didikasi dan penyayang.
Saat manis ketika Dr. Normaliza mengajar akan kuabadikan dalam ingatan, untuk melupakan mu aku perlu seumur hidupku. Dr. Normaliza telah memberikanku satu laluan untuk aku mengubah diri menjadi insan yang lebih berguna. Semua orang boleh mengajar tapi tidak semua orang boleh mengubah hati seorang insan dalam masa yang terdekat. Dr. telah mengajar ku erti disiplin. Setiap butir katamu kusemat dalam hatiku, kadangkala sukar untuk lakukan namun kata orang “dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”. Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan pada mu, kekasihku.
Berat sungguh hatiku hendak meninggalkan saat-saat manis itu, namun setiap permulaan pasti ada penghujung. Andai ku boleh beli masa itu, kan ku beli masa bersama Dr. Normaliza berbicara tentang ilmu yang seharusnya aku pelajari darimu.