Blogku: suji-sucey.blogspot.com
Penciptaan blog yang Dr. Normaliza ajar menjadikan aku seorang yang sentiasa berfikir untuk melakukan sesuatu yang kreatif dan unik. Hal ini kerana, semua orang mungkin mengetahui membuat blog namun untuk menjadikan sesebuah blog tersebut sebuah blog yang unik adalah satu yang tidak semua orang boleh melakukannya. Kelas amali yang Dr. Normaliza berikan setiap hari khamis yang dikendalikan oleh cik Alia banyak membantu kami untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Bimbingan seorang penndidik telah menjadikan hasil kerja kami sesuatu yang baik.
Hasil didikan Dr. Normaliza kini aku tahu apa itu blog. Jika dulu aku hanya membuka dan membaca blog orang lain kini aku telah memiliki blog sendiri. Hasil ciptaan sendiri dengan bimbingan cik Alia. Menurut Dr. Normaliza ilmu yang kuperolehi dari kelas, blog ialah laman web yang tidak formal mengandungi artikel berkala, jurnal atau diari. Blog menunjukan minat, pendapat dan menunjukkan keperibadian penulis. Kini aku telah mengetahui maksud sebenar blog.
Di dalam blog, Dr. Normaliza meminta kami memuatkan dalam blog kami tentang tokoh. Ringkasnya, blog itu adalah mengenai aku dan tokoh. Tugasan ini memberi kesan yang positif iaitu aku dapat merapatkan hubungan dengan tokoh yang aku kagumi. Aku telah menemuramah Dr. Vijayaletchumy. Aku menjadikan Dr. Vijayaletchumy sebagai tokoh kerana beliau walaupun berbangsa India namun menceburi dalam bidang bahasa. Beliau seorang pensyarah yang kreatif dan memikat hati saya untuk lebih mengenali tentang beliau.
Blog merupakan kemahiran yang amat ku minati kerana melaluinya aku boleh berkongsi maklumat dengan teman-teman seperjuangan. Walaupun aku dengan teman-teman tidak lagi bersua muka namun teknologi boleh mendekatkan aku dengan mereka. Kini, segala-galanya hanya dihujung jari sahaja. Bimbingan yang Dr. Normaliza berikan amat bermanfaat buat kami yang akan menjadi bekalan ilmu apabila kami keluar dari UPM
Tahun baru...semoga lebih baik
12 years ago
No comments:
Post a Comment