SALAM SAYANG BUAT PENDIDIK KU

"KASIH SAYANG MU TERPATRI DI MINDAHATI KU, WALAU KITA TAK BERTEMU, ILMU MU MENGALIR DIDADAKU, TIADA JEMU MENYEMAI ILMU, PENDIDIK KU RATU DIHATIKU..."

Wednesday, April 8, 2009

ASAS GRAFIK: INDAHNYA ILMU





Pengalaman membuat tugasan yang berkaitan dengan asas grafik juga merupakan kenangan yang terindah untuk ku kenang. Saat itu ,merupakan saat yang indah kerana aku mula belajar sesuatu benda yang baru ku temui dalam hidupku. Pada mulanya, mempelajari asas grafik merupakan benda yang sukar namun setelah aku dan teman-teman seperjuanganku melakukannya ternyata tidak sesukar yang aku bayangkan. Aku hanya perlu mengikut arahan yang betul dan melakukannya dengan teliti.
Salah satu ilmu yang aku dapat selain asas grafik, aku juga belajar erti membuat sesebuah tugasan dengan teliti. Tugasan yang aku dan teman-teman lakukan hendaklah kemas dan bersesuaian dengan arahan yang diberikan oleh Dr. Normaliza. Selain mendidik, disini juga dapat dilihat Dr. Normaliza membentuk identiti pelajar yang cemerlang iaitu melakukan tugasan dengan baik dan teliti. Selain itu tugasan hendaklah diantar tepat pada masa yang Dr. Normaliza tentukan. Dalam berkejar masa menyiapkan tugasan kami juga dapat ilmu yang kami harap-harapkan.
Saya sangat bertuah kerana saat-saat akhir berada di UPM aku dipertemukan dengan seorang pensyarah yang unik dan kreatif. Dalam apa jua tugasan yang diberikan sentiasa ada kesannya ke atas diri pelajar. Mempelajari asas grafik meluaskan lagi ilmu kami dan menjadikan kami seorang pelajar yang berdaya saing dengan pelajar-pelajar diluar. Ini merupakan satu pakej yang menjadikan kami insan berguna untuk masa hadapan yang memerlukan khidmat kami dalam pelbagai bidang khususnya bidang bahasa yang memerlukan kemahiran multimedia. Didikan Dr. Normaliza akan sentiasa ku kenang, susah payahnya mendidik dan melayan karenah kami sebagai pelajar akan menjadi simbol kekuatan hubungan pelajar dengan pensyarahnya yang sangat unik. Terima kasih kekasihku “Dr. Normaliza”.

No comments:

Post a Comment