SALAM SAYANG BUAT PENDIDIK KU

"KASIH SAYANG MU TERPATRI DI MINDAHATI KU, WALAU KITA TAK BERTEMU, ILMU MU MENGALIR DIDADAKU, TIADA JEMU MENYEMAI ILMU, PENDIDIK KU RATU DIHATIKU..."

Wednesday, April 8, 2009

E-MAJALAH: MEMORI INDAH





Salah satu tugsan yang harus kami lakukan ialah membuat e-majalah. Pada awalnya penerangan mengenai e-majalah aku keliru dan risau tidak dapat melakukannya. Namun Dr. Normaliza sentiasa berada disisi kami untuk meperbaiki hasil tugasan kami. Dr. Normaliza sentiasa memberikan peluang untuk pelajar bertanya soalan tentang apa yang tidak difahami dalam membuat e-majalah.
Setelah ku berjumpa dan bertanya kepada Dr. Normaliza tentang langkah-langkah membuat e-majalah barulah aku tahu bagaimana untuk menghasilkannya. Kesukaran itu hanyalah pada persepsi pertama ku sahaja namun setelah cuba untuk membuat e-majalah tersebut disamping nasihat yang Dr. Normaliza berikan aku menjadi seronok untuk menyiapkan tugasan tersebut.
E-majalah adalah salah satu kemahiran yang amat berguna untuk diketahui. Selain menambahkan ilmu pengetahuan, mempelajari e-majalah adalah kemahiran yang tidak semua orang miliki, justeru peluang untuk bersaing mendapatkan sesuatu pekerjaan juga boleh dijadikan salah satu pakej yang ada dalam diri seseorang pelajar.
Pengalaman yang aku perolehi dalam kelas BBM3410 amat bermanfaat untuk ku sebagai seorang pelajar yang bakal bergraduat tidak lama lagi. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh Dr. Normaliza amat ku hargai dan sentiasa ku abadikan dalam hidupku. Banyak pengalaman yang aku perolehi tidak terungkap dengan kata-kata. Aku hanya seorang pelajar yang tidak mengenal erti sesebuah perjuangan seorang pendidik mungkin dalam senyuman seorang pendidik mengandung seribu bebanan yang harus digalas demi masa depan anak bangsa yang menerajui kepmpinan Negara pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment