Aku umpama model, Pengalaman ku bergambar dengan posing yang tidak pernah ku lakukan merupakan pengalaman yang akan kuabadikan dalam hatiku. Pada mulanya sukar untuk ku melakukannya kerana aku bukanlah seorang model namun dengan bimbingan dan tunjukajar Dr. Normaliza akhirnya aku telah berjaya melakukannya walaupun tidak sebaik posing model namun aku rasa sangat gembira.
Setiap kerja yang Dr. Normaliza berikan sentiasa memberi kesan yang mendalam dalam hatiku. Bergambar posing dan membuat slideshow didepan kawan-kawan telah menceriakan hati kami dengan melihat posing-posing yang melucukan dan menarik. Pengalaman ini sukar untuk ku temui ditempat lain.
Saat-saat bergambar bersama teman-teman yang sekumpulan iaitu NIchs, kami sangat gembira kerana dapat bergaya didepan kamera, aktiviti ini sekali gus menghilangkan rasa tekanan yang kami hadapi sebagai seorang pelajar yang sibuk dengan tugasan-tugasan lain yang belum diselesaikan. Dr. Normaliza telah mengisi ruang hati kami yang sepi dengan senda gurau dan aktiviti yang meriangkan kami.
No comments:
Post a Comment