SALAM SAYANG BUAT PENDIDIK KU

"KASIH SAYANG MU TERPATRI DI MINDAHATI KU, WALAU KITA TAK BERTEMU, ILMU MU MENGALIR DIDADAKU, TIADA JEMU MENYEMAI ILMU, PENDIDIK KU RATU DIHATIKU..."

Wednesday, April 8, 2009

LAHIRNYA NICHS



Lahirnya kumpulan Nichs adalah bukti kasih sayangmu pada anak-anak didikmu kerana terbentuknya kumpulan Nichs membentuk kami seorang pelajar yang bersemangat dan sentiasa berkerjasama. Sukar untuk melakunya sekiranya tiada sokongan yang yang kuat daripada Dr. Normaliza. Tidak salah kiranya saya berkata Dr. Normaliza adalah RATU HATIKU.
Kumpulan Nichs telah mengeratkan lagi silaturahim kami sesama pelajar. Pengalaman bersama kumpulan Nichs semasa membuat aktiviti yang Dr. Normaliza berikan amat menyeronokkan. Jujurnya, pada permulaan ku rasa semacam bebanan, namu setelah aku lewati saat-saat bersama teman-teman, mengharungi susah-payah, penat-lelah untuk menyiapkan kerja yang Dr. Normaliza berikan, kini aku tau saat itu merupakan memori yang terakam minda itu. Saat-saat itulah yang sangat melekat dalam jiwaku. Menitis airmataku kala terkenang saat-saat manis itu.

No comments:

Post a Comment