SALAM SAYANG BUAT PENDIDIK KU

"KASIH SAYANG MU TERPATRI DI MINDAHATI KU, WALAU KITA TAK BERTEMU, ILMU MU MENGALIR DIDADAKU, TIADA JEMU MENYEMAI ILMU, PENDIDIK KU RATU DIHATIKU..."

Wednesday, April 8, 2009

BBM3410 KEKASIH BARUKU

Dua hari kelas BBM3410 iaitu pada hari rabu jam 12-2 dan hari khamis kelas amali. Kelas pada hari Rabu, adalah kelas yang kunanti-nanti kerana saat-saat ini lah aku dapat berhibur sambil menimba ilmu. Hal ini kerana, Dr. Normaliza bukan sahaja memberikan bimbingan dalam kelas, menaburkan ilmu didada buat anak-anak didiklnya. Namun Dr. Normaliza juga turut menghiburkan kami dengan kata-katanya yang berbau jenaka yang mengelikan hati kami. Bak kata orang “tak kering gusi”. Dr. normalize pada asalnya ku ingat seorang yang sangat garang, namun tekaan ku salah, aku silap menafsir seorang pendidik yang berkaliber seperti Dr. Normaliza. Ku mohon maaf. Pada firasatku ketika ini, aku merasakan Dr. Normaliza adalah seorang yang penyayang. Sesungguhnya kelas ini adalah kekasihku yang amat sukar untuk ku lupakan.
Dr. Normaliza mengajar aku erti berani melakukan sesuatu yang dirasakan betul walaupun kekadang apa yang aku rasakan betul tetapi rupanya salah. Namun keyakinan itu amat berguna untuk ku jadikan pendinding diri menghadapi masyarakat yang berada diluar arena fikiranku.keyakinan ini ku perolehi melalui didikan Dr. Normaliza secara tidak langsung iaitu setelah Dr. Normaliza mencurahkan ilmunya di dalam kelas, mengajar anak-anak didiknya, kami akan menjawab soalan yang diberikan, maka dengan keyakinan menjawab soalan itulah terdidik kami untuk menjadi insane yang berani dan berkeyakinan menyuarakan apa yang terbuku dihati. Kami berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang diberikan. Didikan tersebut ternyata memberi kesan yang mendalam dihati kami anak-anak didiknya.
Saat-saat indah dalam kelas BBM3410 amat berlalu dengan cepat. Kenagan terindah yang terukir bersama Dr. Normaliza dan teman-teman seperjuangan sungguh manis untuk dikenang pada masa-masa akan datang. Kesungguhan Dr. Normaliza mendidik kami hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kasih sayang mu mengajar aku erti kehidupan yang penuh dengan cabaran sekiranya ingin berjaya halangan dan cabaran walaupun pahit harus diharungi demi mencapai cita-cita dan impian yang di angankan. Terima kasih Dr. Normaliza.

No comments:

Post a Comment