SALAM SAYANG BUAT PENDIDIK KU

"KASIH SAYANG MU TERPATRI DI MINDAHATI KU, WALAU KITA TAK BERTEMU, ILMU MU MENGALIR DIDADAKU, TIADA JEMU MENYEMAI ILMU, PENDIDIK KU RATU DIHATIKU..."

Wednesday, April 8, 2009

PENGALAMAN MENGARANG ARTIKEL





Masih segar diingatanku mengarang artikel yang Dr. Normaliza berikan. Tajuk yang Dr. Normaliza berikan “Kanak-Kanak Dan Lagu”. Tanpa merujuk mana-mana artikel dan sumber rujukan kami diminta menyiapkan lapan muka surat. Pada mulanya aku mengeluh kerana berfikir bagaimana dengan sebuah komputer kami dapat menyiapkan tugasan itu dengan masa yang tepat. Namun keluhan itu bertukar menjadi tawa riang antara kami. Hal ini kerana, kami dengan mengarang artikel itu menggunakan idea kami sendiri, justeru banyak idea-idea yang kami buat membuatkan kami sendiri ketawa.
Tugasan ini mengajar ku erti berkerjasama dalam melakukan sesebuah tugasan. Kami membuat perancangan dengan teliti dan menyusun idea-idea yang ingin dimasukkan. Setiap ahli kumpulan Nichs akan mengarang satu idea. Perancangan ini akan melancarkan tugasan yang kami ingin siapkan. Tugasan ini turut mengajar ku erti berusaha selagi berpeluang. Masa yang tidak sampai dua jam, kami berusaha untuk menyiapkannya.
Dalam fikiran aku timbul persoalan tentang tugasan tersebut. Mengapa hanya dalam masa sejam lebih kami diarahkan menyiapkan tugasan sebanyak lapan helai. Setelah ku menyiapkan tugasan tersebut barulah aku terfikir, alasan yang munasabah mengapa Dr. Normaliza berbuat demikian. Kini aku semankin pantas menaip mungkin ini salah satu kebaikan yang aku perolehi dalam kelas BBM3410. Aku turut dapat mendisiplinkan diriku dalam menyiapkan tugasan ku.
Melalui tugasan ini juga, aku telah mempelajari bagaimana membuat perancangan sebelum melakukan sesebuah tugasan. Perancangan amat penting untuk sesebuah tugasan yang diberikan. Perancangan yang bijak akan melancarkan kerja melakukan tugasan tersebut. Kini aku tahu membuat perancangan yang teliti agar aku dapat menyiapkan tugasan dengan baik. Segala-galannya kuperolehi hasil didikan Dr. Normaliza dalam kelas BBM3410.

No comments:

Post a Comment