SALAM SAYANG BUAT PENDIDIK KU
Wednesday, April 8, 2009
KETIKA DAN KALIMAT
AKU ANAK DIDIK DR. NORMALIZA
Nama ku sujilayati bt Ismail, nombor matrik 137735, aku dilahirkan di sabah. Kali pertama aku menjejaki kaki ke UPM ialah pada julai 2006 kini aku hampir sampai ke penghujungnya, tamat pengajian pada april tahun ini.
Salah satu subjek akhir semester yang aku ambil ialah BBM3410. subjek ini merupakan subjek yang sangat istimewa dan unik pengajarannya. Pensyarah yang membimbing kami ialah Dr. Normaliza. Dr. Normaliza telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami yang pada asalnya tidak mengetahui apa-apa tentang multimedia.
Pengalaman yang indah ini amat manis untuk dikenang, Dr. Normaliza telah memberikan kami iaitu anak-anak didiknya sesuatu yang sukar kami perolehi di tempat lain. Banyak ilmu yang Dr. Normaliza curahkan antaranya:
• Asas Grafik
• Multimedia dalam web
• Peringkat Pembinaan Laman Web
• Perkara-Perkara yang boleh dimasukkan dalam web
• Teknologi Maklumat
• Jenis-Jenis Laman Web dan lain-lain
Ilmu ini menjadikan aku bukan seorang pelajar sastera semata-mata namun turut mengetahui pengetahuan diluar bidangku.
SAAT PERTAMA KULIHAT WAJAHMU
Pengalaman hari pertama mendebarkan hatiku. Aku selalu tertanya-tanya mengapa dan kenapa terlalu banyak orang berbicara tentang Dr.Normaliza. Adakah kerana wajahnya yang jelita, atau kerana kelainan berpakaian, atau kerana kelainan sistem pengajarannya. Banyak persoalan yang bersarang dalam mindaku.
Kini terjawab sudah teka-teki itu. Kini aku tahu mengapa dan kenapa terjadi perkara itu. Aku sendiri telah jatuh cinta pada Dr. Normaliza. Saat pertama ku lihat wajahnya, terlalu sukar untuk aku mentafsir, bagaimana sifatnya yang sebenar. Namun jauh disudut hatiku, aku tahu Dr. Normaliza seorang yang didikasi dan penyayang.
Saat manis ketika Dr. Normaliza mengajar akan kuabadikan dalam ingatan, untuk melupakan mu aku perlu seumur hidupku. Dr. Normaliza telah memberikanku satu laluan untuk aku mengubah diri menjadi insan yang lebih berguna. Semua orang boleh mengajar tapi tidak semua orang boleh mengubah hati seorang insan dalam masa yang terdekat. Dr. telah mengajar ku erti disiplin. Setiap butir katamu kusemat dalam hatiku, kadangkala sukar untuk lakukan namun kata orang “dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”. Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan pada mu, kekasihku.
Berat sungguh hatiku hendak meninggalkan saat-saat manis itu, namun setiap permulaan pasti ada penghujung. Andai ku boleh beli masa itu, kan ku beli masa bersama Dr. Normaliza berbicara tentang ilmu yang seharusnya aku pelajari darimu.
LAHIRNYA NICHS
Lahirnya kumpulan Nichs adalah bukti kasih sayangmu pada anak-anak didikmu kerana terbentuknya kumpulan Nichs membentuk kami seorang pelajar yang bersemangat dan sentiasa berkerjasama. Sukar untuk melakunya sekiranya tiada sokongan yang yang kuat daripada Dr. Normaliza. Tidak salah kiranya saya berkata Dr. Normaliza adalah RATU HATIKU.
Kumpulan Nichs telah mengeratkan lagi silaturahim kami sesama pelajar. Pengalaman bersama kumpulan Nichs semasa membuat aktiviti yang Dr. Normaliza berikan amat menyeronokkan. Jujurnya, pada permulaan ku rasa semacam bebanan, namu setelah aku lewati saat-saat bersama teman-teman, mengharungi susah-payah, penat-lelah untuk menyiapkan kerja yang Dr. Normaliza berikan, kini aku tau saat itu merupakan memori yang terakam minda itu. Saat-saat itulah yang sangat melekat dalam jiwaku. Menitis airmataku kala terkenang saat-saat manis itu.
PENGALAMAN MENJADI MODEL BBM3410
Aku umpama model, Pengalaman ku bergambar dengan posing yang tidak pernah ku lakukan merupakan pengalaman yang akan kuabadikan dalam hatiku. Pada mulanya sukar untuk ku melakukannya kerana aku bukanlah seorang model namun dengan bimbingan dan tunjukajar Dr. Normaliza akhirnya aku telah berjaya melakukannya walaupun tidak sebaik posing model namun aku rasa sangat gembira.
Setiap kerja yang Dr. Normaliza berikan sentiasa memberi kesan yang mendalam dalam hatiku. Bergambar posing dan membuat slideshow didepan kawan-kawan telah menceriakan hati kami dengan melihat posing-posing yang melucukan dan menarik. Pengalaman ini sukar untuk ku temui ditempat lain.
Saat-saat bergambar bersama teman-teman yang sekumpulan iaitu NIchs, kami sangat gembira kerana dapat bergaya didepan kamera, aktiviti ini sekali gus menghilangkan rasa tekanan yang kami hadapi sebagai seorang pelajar yang sibuk dengan tugasan-tugasan lain yang belum diselesaikan. Dr. Normaliza telah mengisi ruang hati kami yang sepi dengan senda gurau dan aktiviti yang meriangkan kami.
PENGALAMAN MENGARANG ARTIKEL
Masih segar diingatanku mengarang artikel yang Dr. Normaliza berikan. Tajuk yang Dr. Normaliza berikan “Kanak-Kanak Dan Lagu”. Tanpa merujuk mana-mana artikel dan sumber rujukan kami diminta menyiapkan lapan muka surat. Pada mulanya aku mengeluh kerana berfikir bagaimana dengan sebuah komputer kami dapat menyiapkan tugasan itu dengan masa yang tepat. Namun keluhan itu bertukar menjadi tawa riang antara kami. Hal ini kerana, kami dengan mengarang artikel itu menggunakan idea kami sendiri, justeru banyak idea-idea yang kami buat membuatkan kami sendiri ketawa.
Tugasan ini mengajar ku erti berkerjasama dalam melakukan sesebuah tugasan. Kami membuat perancangan dengan teliti dan menyusun idea-idea yang ingin dimasukkan. Setiap ahli kumpulan Nichs akan mengarang satu idea. Perancangan ini akan melancarkan tugasan yang kami ingin siapkan. Tugasan ini turut mengajar ku erti berusaha selagi berpeluang. Masa yang tidak sampai dua jam, kami berusaha untuk menyiapkannya.
Dalam fikiran aku timbul persoalan tentang tugasan tersebut. Mengapa hanya dalam masa sejam lebih kami diarahkan menyiapkan tugasan sebanyak lapan helai. Setelah ku menyiapkan tugasan tersebut barulah aku terfikir, alasan yang munasabah mengapa Dr. Normaliza berbuat demikian. Kini aku semankin pantas menaip mungkin ini salah satu kebaikan yang aku perolehi dalam kelas BBM3410. Aku turut dapat mendisiplinkan diriku dalam menyiapkan tugasan ku.
Melalui tugasan ini juga, aku telah mempelajari bagaimana membuat perancangan sebelum melakukan sesebuah tugasan. Perancangan amat penting untuk sesebuah tugasan yang diberikan. Perancangan yang bijak akan melancarkan kerja melakukan tugasan tersebut. Kini aku tahu membuat perancangan yang teliti agar aku dapat menyiapkan tugasan dengan baik. Segala-galannya kuperolehi hasil didikan Dr. Normaliza dalam kelas BBM3410.
BBM3410 KEKASIH BARUKU
Dr. Normaliza mengajar aku erti berani melakukan sesuatu yang dirasakan betul walaupun kekadang apa yang aku rasakan betul tetapi rupanya salah. Namun keyakinan itu amat berguna untuk ku jadikan pendinding diri menghadapi masyarakat yang berada diluar arena fikiranku.keyakinan ini ku perolehi melalui didikan Dr. Normaliza secara tidak langsung iaitu setelah Dr. Normaliza mencurahkan ilmunya di dalam kelas, mengajar anak-anak didiknya, kami akan menjawab soalan yang diberikan, maka dengan keyakinan menjawab soalan itulah terdidik kami untuk menjadi insane yang berani dan berkeyakinan menyuarakan apa yang terbuku dihati. Kami berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang diberikan. Didikan tersebut ternyata memberi kesan yang mendalam dihati kami anak-anak didiknya.
Saat-saat indah dalam kelas BBM3410 amat berlalu dengan cepat. Kenagan terindah yang terukir bersama Dr. Normaliza dan teman-teman seperjuangan sungguh manis untuk dikenang pada masa-masa akan datang. Kesungguhan Dr. Normaliza mendidik kami hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kasih sayang mu mengajar aku erti kehidupan yang penuh dengan cabaran sekiranya ingin berjaya halangan dan cabaran walaupun pahit harus diharungi demi mencapai cita-cita dan impian yang di angankan. Terima kasih Dr. Normaliza.
ASAS GRAFIK: INDAHNYA ILMU
Pengalaman membuat tugasan yang berkaitan dengan asas grafik juga merupakan kenangan yang terindah untuk ku kenang. Saat itu ,merupakan saat yang indah kerana aku mula belajar sesuatu benda yang baru ku temui dalam hidupku. Pada mulanya, mempelajari asas grafik merupakan benda yang sukar namun setelah aku dan teman-teman seperjuanganku melakukannya ternyata tidak sesukar yang aku bayangkan. Aku hanya perlu mengikut arahan yang betul dan melakukannya dengan teliti.
Salah satu ilmu yang aku dapat selain asas grafik, aku juga belajar erti membuat sesebuah tugasan dengan teliti. Tugasan yang aku dan teman-teman lakukan hendaklah kemas dan bersesuaian dengan arahan yang diberikan oleh Dr. Normaliza. Selain mendidik, disini juga dapat dilihat Dr. Normaliza membentuk identiti pelajar yang cemerlang iaitu melakukan tugasan dengan baik dan teliti. Selain itu tugasan hendaklah diantar tepat pada masa yang Dr. Normaliza tentukan. Dalam berkejar masa menyiapkan tugasan kami juga dapat ilmu yang kami harap-harapkan.
Saya sangat bertuah kerana saat-saat akhir berada di UPM aku dipertemukan dengan seorang pensyarah yang unik dan kreatif. Dalam apa jua tugasan yang diberikan sentiasa ada kesannya ke atas diri pelajar. Mempelajari asas grafik meluaskan lagi ilmu kami dan menjadikan kami seorang pelajar yang berdaya saing dengan pelajar-pelajar diluar. Ini merupakan satu pakej yang menjadikan kami insan berguna untuk masa hadapan yang memerlukan khidmat kami dalam pelbagai bidang khususnya bidang bahasa yang memerlukan kemahiran multimedia. Didikan Dr. Normaliza akan sentiasa ku kenang, susah payahnya mendidik dan melayan karenah kami sebagai pelajar akan menjadi simbol kekuatan hubungan pelajar dengan pensyarahnya yang sangat unik. Terima kasih kekasihku “Dr. Normaliza”.
E-MAJALAH: MEMORI INDAH
Salah satu tugsan yang harus kami lakukan ialah membuat e-majalah. Pada awalnya penerangan mengenai e-majalah aku keliru dan risau tidak dapat melakukannya. Namun Dr. Normaliza sentiasa berada disisi kami untuk meperbaiki hasil tugasan kami. Dr. Normaliza sentiasa memberikan peluang untuk pelajar bertanya soalan tentang apa yang tidak difahami dalam membuat e-majalah.
Setelah ku berjumpa dan bertanya kepada Dr. Normaliza tentang langkah-langkah membuat e-majalah barulah aku tahu bagaimana untuk menghasilkannya. Kesukaran itu hanyalah pada persepsi pertama ku sahaja namun setelah cuba untuk membuat e-majalah tersebut disamping nasihat yang Dr. Normaliza berikan aku menjadi seronok untuk menyiapkan tugasan tersebut.
E-majalah adalah salah satu kemahiran yang amat berguna untuk diketahui. Selain menambahkan ilmu pengetahuan, mempelajari e-majalah adalah kemahiran yang tidak semua orang miliki, justeru peluang untuk bersaing mendapatkan sesuatu pekerjaan juga boleh dijadikan salah satu pakej yang ada dalam diri seseorang pelajar.
Pengalaman yang aku perolehi dalam kelas BBM3410 amat bermanfaat untuk ku sebagai seorang pelajar yang bakal bergraduat tidak lama lagi. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh Dr. Normaliza amat ku hargai dan sentiasa ku abadikan dalam hidupku. Banyak pengalaman yang aku perolehi tidak terungkap dengan kata-kata. Aku hanya seorang pelajar yang tidak mengenal erti sesebuah perjuangan seorang pendidik mungkin dalam senyuman seorang pendidik mengandung seribu bebanan yang harus digalas demi masa depan anak bangsa yang menerajui kepmpinan Negara pada masa akan datang.
BLOG: MENGAJARKU KRETIF DAN KRITIS
Penciptaan blog yang Dr. Normaliza ajar menjadikan aku seorang yang sentiasa berfikir untuk melakukan sesuatu yang kreatif dan unik. Hal ini kerana, semua orang mungkin mengetahui membuat blog namun untuk menjadikan sesebuah blog tersebut sebuah blog yang unik adalah satu yang tidak semua orang boleh melakukannya. Kelas amali yang Dr. Normaliza berikan setiap hari khamis yang dikendalikan oleh cik Alia banyak membantu kami untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Bimbingan seorang penndidik telah menjadikan hasil kerja kami sesuatu yang baik.
Hasil didikan Dr. Normaliza kini aku tahu apa itu blog. Jika dulu aku hanya membuka dan membaca blog orang lain kini aku telah memiliki blog sendiri. Hasil ciptaan sendiri dengan bimbingan cik Alia. Menurut Dr. Normaliza ilmu yang kuperolehi dari kelas, blog ialah laman web yang tidak formal mengandungi artikel berkala, jurnal atau diari. Blog menunjukan minat, pendapat dan menunjukkan keperibadian penulis. Kini aku telah mengetahui maksud sebenar blog.
Di dalam blog, Dr. Normaliza meminta kami memuatkan dalam blog kami tentang tokoh. Ringkasnya, blog itu adalah mengenai aku dan tokoh. Tugasan ini memberi kesan yang positif iaitu aku dapat merapatkan hubungan dengan tokoh yang aku kagumi. Aku telah menemuramah Dr. Vijayaletchumy. Aku menjadikan Dr. Vijayaletchumy sebagai tokoh kerana beliau walaupun berbangsa India namun menceburi dalam bidang bahasa. Beliau seorang pensyarah yang kreatif dan memikat hati saya untuk lebih mengenali tentang beliau.
Blog merupakan kemahiran yang amat ku minati kerana melaluinya aku boleh berkongsi maklumat dengan teman-teman seperjuangan. Walaupun aku dengan teman-teman tidak lagi bersua muka namun teknologi boleh mendekatkan aku dengan mereka. Kini, segala-galanya hanya dihujung jari sahaja. Bimbingan yang Dr. Normaliza berikan amat bermanfaat buat kami yang akan menjadi bekalan ilmu apabila kami keluar dari UPM
ADOBE PHOTOSHOP: KEMAHIRAN ILMU DARIMU UNTUKKU
Terima kasih aku ucapakan pada Dr. Normaliza dan cik Alia kerana membimbing aku cara-cara membuat kalender yang unik dan menarik. Melihat kalender yang terpapar gambar ku bersama teman amat menyeronokan. Hasil tugasan ini, benar-benar membuatkan aku rasa tidak menduga bahawa aku juga boleh menghasilkan kalender sendiri dengan gambar sendiri. Aku amat bertuah kerana mendapat didikan daripada Dr. Normaliza. Terima kasih Dr. Normaliza.
Friday, April 3, 2009
KETIKA KALIMAT
TAK KENAL MAKA TAK CINTA
KU UTUS BICARA PEMBUKA KATA
KASIHMU BERTAUT DIDADAHATI
ILMU SEBATI CURAHAN KASIH
BUAT BEKALAN ANAKDIDIK SEJATI
KALA TERIAKMU MEMECAH HENING
MATA TERSENYUM TAKUT NAK NGANTUK
TELINGAMINDA MEMERANGKAP KATA
TAKUT TERLEPAS BUTIR KATA
SETIAP BICARA TERSELINDUNG MAKNA
DR. NORMALIZA, RATU BAHASA
PERWIRA MULTIMEDIA
KATAMU MENYENGAT JIWA
MERAKAM SERIBU SUKACITA
SENYUMKUKETAWA MENGENANG TITAH
Tuesday, March 31, 2009
KENALI AKU
NAMA: SUJILAYATI BT ISMAIL
TARIKH LAHIR: 04.11.1986
UMUR:23 TAHUN
ASAL: SABAH
SEKOLAH RENDAH: SEK.TARITIPAN
SEKOLAH MENENGAH: SMK TANDEK
UNIVERSITI: UPM
MAJOR: BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU
MINOR: KESUSASTERAAN MELAYU
IMPIAN: MENDIDIK ANAK-ANAK MUDA
KERETA IDAMAN: JAGUAR
NAMA AYAH: ISMAIL BIN JENAUM
NAMA IBU: NORHAYATI BT ABDUL MAJID
PEKERJAAN: PENIAGA
PERJUANGAN BAHASA: DR.VIJAYALETCHUMY
SEMINAR
Dr.Vijayaletchumy seorang tokoh bahasa yang aktif. beliau menyebarkan ilmunya melalui seminar-seminar yang dijalankan dibeberapa tempat sehinggalah di peringkat antarabangsa.
Peringkat Kebangsaan (National Level)
Vijayaletchumy Subramaniam . “Kejayaan Kanak-Kanak Disleksia di Malaysia”. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas ". Anjuran Sekretariat Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas 2004, Fakulti Pendidikan , UKM, di (ESSET) Bangi , pada10-12 September 2004
Vijayaletchumy Subramaniam . “Teori Sindrom Disleksia dan Praktisnya dalam Kes kanak-kanak Disleksia di Malaysia”. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Linguistik dan Bahasa Melayu 1. Anjuran Jabatan Bahasa Melayu ,Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar UPM , pada 28 Mei 2005.
Vijayaletchumy Subramaniam. “Disleksia Dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu (Kajian Kes)”, Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar dan Bengkel Penyelidikan Bahasa. Anjuran PERSIMA dan Jabatan Bahasa Melayu FBMK pada 23-24 Ogos 2006 di Dewan Persidangan Pusat Program Luar UPM.
Vijayaletchumy Subramaniam. "Aspek Neurologi dalam Pembelajaran Bahasa". Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-2. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Bahasa Melayu FBMK pada 9-10 September 2006 di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Vijayaletchumy Subramaniam. “Metadologi: penyelidikan kajian kes”. Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Kebangsaan Linguistik SKAli 07. Anjuran Pusat Pengajian Bahasa Dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaa. pada 20-21 Mac 2007 di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Vijayaletchumy Subramaniam. "Pengetahuan dan Pengalaman Membantu Penguasaan Kata Kerja Dalam Kalangan Murid-Murid Sekolah Rendah Mengikut Perspektif Teori Skema". Kertas kerja ini dibentangkan di Universiti Darul Naim. Anjuran Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FBMK pada 20-21 Mac 2007.
Vijayaletchumy Subramaniam. " Pemerolehan dan Penguasaan Sintaksis Kanak - kanak Prasekolah". Kertas kerja ini dibentangkan di Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia. Anjuran Universiti Sains Malaysia pada 29 - 31 Oktober 2008.
Vijayaletchumy Subramaniam. " Keberkesanan Kaedah Permainan Bahasa Dalam Pembelajaran Bahasa Kedua". Kertas kerja ini dibentangkan di Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia. Anjuran Universiti Sains Malaysia pada 29 - 31 Oktober 2008.
Vijayaletchumy Subramaniam."Keberkesanan Mencipta Perkataan Dalam Penterjemahan" Kertas kerja ini dibentangkan di , Universiti Putra Malaysia, Selangor, Malaysia. " Anjuran Universiti Putra Malaysia pada 12 November 2008.
Peringkat Antarabangsa (International Level)
Vijayaletchumy Subramaniam . “Pemerolehan Bahasa dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu: satu perbandingan dapatan kajian dengan dapatan steinberg (1993) Kertas kerja yang dibentangkan di 4th Malaysian International Conference on Languages, Literatures and Cultures (MICOLLAC), bertemakan “Critical Perspective on Theory and Practice in the New World Order”, anjuran Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia di Holiday Villa, Subang, pada 23-25 April 2005.
Vijayaletchumy Subramaniam . “Pentermahan Mesin kertas kerja yang dibentangkan di the 10th International Conference on Translation, bertemakan “Translation And The Globalisation Of knowledge”, anjuran Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning , Universiti Sabah Malaysia di Magellan Sutera , Kota Kinabalu , Sabah , Malaysia, pada 2-4 August 2005.
Vijayaletchumy Subramaniam . “Disleksia Auditori dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu: Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu(SALiM 05) bertemakan “Pengukuhan Linguistik Melaty: Teori dan Terapan ”, anjuran bersama Pusat Pengajian Bahasa , Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM & Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur di Bilik Senat , UKM, Bangi , Selangor, pada 29-30 Ogos 2005.
Vijayaletchumy Subramaniam. "Teori Pembelajaran Bahasa: Satu Perspektif Aliran Mekanis”. Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on Worlds in Discourse SoLLs.INTEC.05 : Representations of Realities.”di National University of Malaysia (UKM). Selangor,pada 21-23 November 2005.
Vijayalecthumy Subramaniam. "Disleksia dan Konteks Bahasa: Perspektif Psikolinguistik" di Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor. kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Antarabangsa, Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Ke-2, pada 24-25 Januari 2006.
Vijayaletchumy Subramaniam. " Kesedaran Masyarakat Malaysia Terhadap Disleksia". Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Bahasa, sastera dan Kebudayaan Melayu III. Anjuran Jabatan Bahasa Melayu dan Kebudayaan Melayu UTN pada 15-16 Julai 2006 di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.
Vijayaletchumy Subramaniam. " Kaedah Menterjemah mesin dan Mengalih Istilah Inggeris ke dalam Bahasa Melayu". Kertas kerja ini dibentangkan di Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya. Anjuran Pusat Kajian Bahasa dan Budaya Unika Atma Jaya pada 7-8 Mei 2007 di Universiti Atma Jaya Jakarta.
Vijayaletchumy Subramaniam. " Menterjemah Aspek Pragmatik dalam Unsur Tatabahasa". Kertas kerja ini dibentangkan di Kongres Linguistik Nasional XII Surakarta. Anjuran Masyarakat Linguistik Indonesia Komisariat Surakarta di Universiti Sebelas Maret pada 3-6 September 2007
Vijayaletchumy Subramaniam. " Keberkesanan Teori Umum Peristilahan (Gtt) dalam Bidang Peristilahan: Perspektif Pembentukan Istilah. Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-3. Anjuran JAbatan Bahasa Melayu, FBMK pada 13-14 November 2007.
Vijayaletchumy Subramaniam. " External Motovation in the teaching of English: The Case of Malaysian Rural Teachers". Kertas kerja ini dibentangkan di The 1st Mediterranean Graduate students Meeting in Linguistic. Anjuran Graduate Students Mersin University Turky pada 25-26 Novemver 2007
Vijayaletchumy Subramaniam. " Penterjemahan Mesin Dalam Era Globalisasi". Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Psikolinguistik 1. Anjuran Jabatan Bahasa Melayu, FBMK dan PERSIMA pada 4-5 Disember 2007.
Vijayaletchumy Subramaniam. " Asimilasi Nilai - nilai Murni Orang Melayu Dalam Masyarakat Baba Dan Nyonya". Kertas kerja ini dibentangkan di Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Ke - 6. Anjuran Pusat Kajian Bahasa dan Budaya Universitas Katolik Indonesia pada 12 - 13 Mei 2008 di Universiti Atma Jaya Jakarta.
Vijayaletchumy Subramaniam. " The Modeling as an Instruction Technique for High - Avoidance Sport Skills, Helping Children Resolve Conflict in Communication and Dyslexia and Reading in the Malay language ". Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on Learning, University of Illinois, Chicago, USA. Anjuran University of Illinois pada 3 - 6 June 2008.
MAKALAH DALAM JURNAL ANTARABANGSA
MAKALAH DALAM JURNAL ANTARABANGSA
Vijayaletchumy Subramaniam 2000. Masalah Penguasaan Kata Nama Di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Jurnal Bahasa) Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Jilid 44,Bil. 1: 50 -66.
Vijayaletchumy Subramaniam 2004. Disleksia dalam Aspek Bahasa Melayu (Jurnal Bahasa) Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Jilid 4,Bil. 4: 681 -704.
Vijayaletchumy Subramaniam 2005.Pemorelehan bahasa di kalangan kanak-kanak Melayu Berasaskan Teori Pemerolehan Bahasa oleh Steinberg (Jurnal Bahasa) Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.Jilid 5, Bil. 2: 112 -113.
KERTAS KERJA DALAM PROSIDING
Vijayaletchumy Subramaniam 2004. Disleksia Visual dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu , Prosiding Seminar kebangsaan Pendidikan Khas.(Hlm. 183-202) Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Vijayaletchumy Subramaniam 2005. Penterjemahan Mesin, Prosiding Persidangan Penterjenahan Antarabangsa .(Hlm. 236-244) Sabah:Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Vijayaletchumy Subramaniam 2005. “Disleksia Auditori dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu: ,Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu(SALiM 05) .(Hlm. 237-310) Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Vijayaletchumy Subramaniam (2005). Teori Pembelajaran Bahasa : Satu Perspektif Aliran Mekanis. Prosiding International Conference on Worlds in Discourse : Representations of Realities, National University of Malaysia (UKM). jilid 2 (hlm. 297-318). Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Vijayaletchumy Subramaniam (2006).” Disleksia dan Konteks Bahasa:Perspektif Psikolinguistik" Prosiding Persidangan Antarabangsa, Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Ke-2 ,jilid 2 (hlm. 252-276). Selangor : Penerbit Sasbadi Sdn. Bhd.
BACALAH DALAM BAHASAMU
1. Vijayaletchumy Subraniam (2005). “Penterjemah Mesin”.Ilmu.. Dalam Abdullah Hassan dan Low Kak On. Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaysia Sabah. (Hlm. 236-244).
2. Vijayaletchumy Subraniam (2006). “Kesedaran Masyarakat Malaysia Terhadap Disleksia: Dalam Bahasa Memeluk Akar Menyuluh Ke Langit”. Penerbit Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu, Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang Singapura. Hlm 473-489.
3. Vijayaletchumy Subraniam (2006). “Pemerolehan Bahasa dalam Kanak-Kanak Melayu: Perspektif Psikolinguistik.”. Dalam Ujana Minda Jilid 2. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.Bhd. Hlm 75-=89.
BUAH TANGAN UNTUK ANAK BANGSA:JURNAL
JURNAL: DR. VIJAYALETCHUMY
Dr. Vijayaletchumy telah menghasilkan beberapa jurnal tentang bahasa. Jurnal yang dihasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Berikut ialah jurnal yang dihasilkan oleh beliau:
1. Vijayaletchumy Subraniam (2000). “Masalah Penguasaan Kata Nama
di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah”. Jurnal Bahasa, Jilid 44, Bil. 1:
50- 66, Januari 2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Vijayaletchumy Subraniam (2000). “Disleksia dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu”. Jurnal Bahasa, Jilid 4, Bil. 4, Disember 2004, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Vijayaletchumy Subraniam (2000). “Pemerolehan Bahasa di
Kalangan Kanak-kanak BerasaskanTeori Pemerolehan Bahasa Oleh
Steinberg ”. Jurnal Bahasa, Jilid 5, Bil. 2: 112- 113, Jun 2005, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Tuan Haji Mhd. Amin Arshad & Vijayaletchumy Subraniam (2006). “Pemerolehan Morfologi dan Sintaksis dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu Pada Peringkat Menjelang Tatabahasa dewasa ”. Jurnal Bahasa, Jilid 44, Bil. 1: 50-66, Disember 2006, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
suji dan perwira bahasa
PERWIRA BAHASA: DR. VIJAYALETCHUMY
Kesungguhan Dr.Vijayaletchumy dalam bidang bahasa dapat dilihat dalam kesungguhannya membuat penyelidikan mengenai bahasa. Sumbangan beliau dalam bidang bahasa seharusnya dihargai kerana walaupun berbeza bangsa namun beliau membuktikan bangsa bukan satu penghalang untuk berbakti kepada nusa dan bangsa.
i. kebangsaan
“Perisian Fonik Tutor Interaktif untuk ketidakbolehbacaan Sifar” (PERSIMA) 2006 RM223,563.00
Status: Pembantu Penyelidik
ii. Universiti
Perisian Fonik Tutor untuk Murid-murid Disleksia Visual” Dana Skim Lantikan Pensyarah Baru UPM 2006 RM9000
Status: Penyelidik
iii. Penyelidikan yang Lengkap
1. Disleksia Dalam Konteks Bahasa: Perspektif Psikolinguistik (terbit dalam Jurnal Bahasa).
2. Kesedaran Masyarakat
3. Aspek Neurologi dalam Pembelajaran Bahasa. (terbit dalam Jurnal Bahasa).
4. Kod Penyelidikan FBMK/0501-JBM06
Tajuk: Pemerolehan Morfologi dan Sintaksis dalam kalangan Kanak-kanak Melayu peringkat Menjelang Tatabahasa Dewan.
Monday, March 30, 2009
KEHEBATAN SUKAN “DR.VIJAYALETCHUMY”
Dr. Vijayaletchumy telah memperlihatkan kecemerlangannya bukan sahaja dalam bidang bahasa tetapi juga dalam arena sukan. Kesungguhannya dapat dilihat melalui anugerah yang diperolehinya.
1.Kejohanan Sukan Staf IPTA
2. 19th Malaysian Open Masters Athletics Championship, 29-1 Mei 2005. Pingat : 5 Emas berjalan kaki, Tempat ke-6 Road Race
3. Malaysian Masters Athletics Association (MMAA), 2-3 Oktober 2004. Tempat Pertama
4. 14th
5. Larian Rain Fourest. Hutan Simpanan UPM. Tempat ke-2. FBMK. 28/04/2005
6. Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia 2005. Bukit Jalil. 3000m (emas)
1500m (emas), 4 × 400m (emas) pada 15/05/20085.
7.
8. Kejohanan Sukan Staf Universiti
9. 1ST National Open Masters Athletics Championship. Stadium MSN Bukit Jalil. 1500m 3000m, 4 × 400m (emas) 13/08/2006.
10. Suka Staf Antara Universiti
11. 21st MALAYSIAN OPEN MASTERS ATHLETICS ASSOCATION CHAMPIONSHIPS. MSN BUKIT JALIL. 1500m, 3000m, (emas) dan 400m (gangsa)
12. Kejohanan Sukan Staf antara Universiti
AKTIFNYA TOKOH BAHASA
berikut ialah anugerah kecemerlangan sukan yang diperolehi oleh Dr.Vijayaletchumy:
1. Kejohanan Sukan Staf IPTA Malaysia 2005, 14-21 Mei 2005
2. 19th Malaysian Open Masters Athletics Championship, 29-Mei 2005
3. Malaysian Master Athletics Association (MMAA) 2-3 Oktober 2004 Tempat Pertama
4. 14th Asia Masters Athletic Championship 14-19 November 2006
5. Larian Rainforest. Hutan simpanan UPM tempat ke-2 28/04/2005
6. Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia 2005. Bukit Jalil. 3000m (Gold, 1500 (Gold)
7. Brunei Masters Athletics Open Championship 2005. Stadium Hasanal Bolkiah Berakas. 800m (Gold), 1500 (Gold)
pencampaian di atas Dr.Vijayaletchumy membuktikan dalam kesibukan beliau masih boleh mengambil bahagian dalam beberapa sukan dan mengharumkan nama Universiti beliau. kejayaan beliau boleh dijadikan inspirasi buat anak-anak muda yang juga ingin berjaya.
1. Anugerah Hadiah Terbaik Pendidikan Moral
2. Anugerah Khidmat Cemerlang (JPS)
3. Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2005: UPM
4. Pameran Rekacipta, Pendidikan dan Inovasi 2006 (PRPI). Pingat Gangsa
5. Penilaian Pengajaran (UPM)
Semester Pertama 2004/2005
BBM 3405 : Peristilahan
4.846 (Sangat Baik)
Semester Kedua 2004/ 2005
BBM 3209 : Pengantar Penterjemahan
4.907 (Sangat Baik)
Semester Kedua 2004/ 2005
BBM 5401 : Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa
4.812 (Sangat Baik)
Semester Pertama 2005/ 2006
BBM 5401 : Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa
4.53 (Cemerlang)
Semester Pertama 2005/2006
BBM 3405 : Peristilahan
4.94 (Cemerlang)
Semester Kedua 2005/ 2006
BBM 3209 : Penghantar Penterjemahan
4.96 (Cemerlang)
Semester Pertama 2006/2007
BBM 3405 : Peristilahan
4.95 (Cemerlang)
Semester Kedua 2006/ 2007
BBM 3209 : Penghantar Penterjemahan
4.64 (Cemerlang)
Semester Pertama 2007/2008
BBM 3209 : Penghantar Penterjemahan
4.91 (Cemerlang)
Semester Pertama 2007/ 2008
BBM 3405 : Peristilahan
4.87 (Cemerlang)
Semester Pertama 2007/2008
BBM 3209 : Penghantar Penterjemahan
4.86 (Cemerlang)
Semester Kedua 2007/2008
BBM 3209 : Penghantar Penterjemahan
4.93 (Cemerlang)
Semester Pertama 2008/2009
BBM 3405 : Peristilahan
4.98 (Cemerlang)
Akademik Dr.VijayaLetchumy
1. Sijil Rendah Pelajaran
2. Sijil Pelajaran Malaysia
3. Sijil Perguruan Malaysia
4. Ijazah Bacelor (Bahasa dan Linguistik Melayu) (FBMK: 1995/ 1998)
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
5. Pengkhususan: Linguistik Terapan dan Psikolinguistik
PENGALAMAN BERKAITAN DENGAN KERJAYA
1. Guru (PPPS) di Sekolah Menengah Mahmud, Raub, Pahang (1998)
2. Tutor Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (1998)
3. Pensyarah di Jabatan Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
( sehingga kini)
BUTIR PERIBADI TOKOH BAHASA
MAKLUMAT PERIBADI
Nama : VIJALETCHUMY A/P SUBRAMANIAM
Tarikh Lahir : 15 Julai 1968
No. Kad Pengenalan: 680715-10-6776
Tempat Lahir: Serdang, Selangor
Alamat Rumah: 1970 Jalan 18/41 Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
No. Telefon: 03-89468769
012-3296215
e-mail: letchumy@fbmk.upm.edu.my
Jawatan Sekarang: Pensyarah Kanan (DS 52)
Tarikh lantikan: 2 Februari 1993
Tarikh Pengesahan: 15 Julai 1995
Tarikh PTK: PTK 3: 6-4 Jun 2005 (Lulus Aras IV)
PTK 4: 2006 (Lulus Aras IV)
PTK 5: 26-4 Dis 2007 (Lulus Aras IV)
Alamat Pejabat: Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.